Fenomena Ponteng Sekolah

Fenomena Ponteng Sekolah

Pengenalan

Sekolah merupakan tempat menimba ilmu dalam kalangan pelajar untuk menjadi generasi yang cemerlang

  • seharusnya rajin ke sekolah untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang berwibawa
  • namun begitu dari hari ke hari ramai pelajar yang ponteng sekolah
  • sanggup menghabiskan masa dengan melepak di kafe siber atau di pusat beli- belah

Idea-idea Utama

Pelbagai faktor dikenalpasti yang mewujudkan masalah ini

  • kurang pemantauan dan pengawasan daripada ibu bapa
  • jarang datang ke sekolah untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak mereka
  • hanya menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka masing-masing

Terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan sebaya turut berlaku

  • berasa bimbang jika dipinggirkan atau dipulaukan
  • megah jika dapat bergaul dengan golongan yang bermasalah ini
  • berasa seronok dan tidak terbeban dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat menjemukan

  • guru-guru tidak mengajar dengan menarik tetapi membosankan
  • sering berleter dan memarahi para pelajar
  • berasa tertekan dan akhirnya suka ponteng sekolah

Peraturan di sesebuah sekolah agak longgar dan tidak ketat

  • para pelajar yang ponteng tidak diambil tindakan
  • guru bersifat lepas tangan dan tidak prihatin
  • masalah ini semakin menular dalam kalangan pelajar

Keluarga yang kucar-kacir dan tidak harmoni turut menjadi penyebab kepada masalah ini

  • ibu bapa sering bergaduh di rumah dan menyebabkan jiwa para pelajar tidak tenteram
  • gagal belajar dengan baik di rumah dan gagal menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan
  • ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru-guru mereka

Penutup

Masalah ponteng sekolah mestilah diatasi dengan segera

  • menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan
  • mempunyai masa depan yang gelap dan mudah terjebak dalam gejala negatif
  • negara gagal untuk melahirkan generasi yang cemerlang

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s