Nilai (Cerpen Tingkatan 4)

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja : Nilai (Cerpen Tingkatan 4) 

Nilai

Kebijaksanaan. Contohnya, sebagai peguam, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan hak milik tanah datuknya yang telah dirampas oleh raja kembali.

Berdikari. Contohnya, Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan membuat pinjaman bank tanpa memohon bantuan daripada pihak kerajaan.

Ketaatan. Contohnya, Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

Keadilan. Contohnya, Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhirnya Hakim berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu.

Kesyukuran. Contohnya, Hakim bersyukur kerana dapat menebus tanah dan maruah datuknya semula yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Kegigihan. Contohnya, Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya.

Leave a comment