Tema dan Persoalan

Sajak sejadah Rundu : Tema dan Persoalan

TEMA

Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf.

PERSOALAN

  1. Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan dosa. Contoh: Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

  1. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup. Contoh : lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.

  1. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.

Contoh : moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku di nisankan.

  1. Persoalan ajal maut di tangan tuhan. Contoh : sebelum saat aku dinisankan

di masa yang kautetapkan.

Leave a comment